KANGAR: Semua perbalahan dan krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera dihentikan bagi memastikan parti kembali fokus memperkukuh kekuatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir. Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pertelagahan sesama sendiri hanya merugikan parti dan menjejaskan semangat akar umbi menghadapi pilihan raya. “Sebarang pergolakan dalaman akan memberi kesan buruk kepada parti. Dari dalam, ia boleh mencetuskan perpecahan, manakala dari luar ia…