Ahli Parlimen Indera Mahkota minta Muhyiddin berundur 

Ahli Parlimen Indera Mahkota minta Muhyiddin berundur 

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur daripada jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kepimpinan baharu diperlukan bagi memperkukuh semula parti dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Bersatu.

Saifuddin berkata, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga perlu digugurkan daripada jawatan tersebut bagi membersihkan parti daripada isu moral yang menjejaskan reputasi parti.

“Kepimpinan parti mesti bebas daripada sebarang bebanan isu peribadi. Bersatu perlu kembali fokus kepada perjuangan asalnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu turut ditandatangani enam lagi Ketua Bahagian Bersatu termasuk dari Pasir Salak, Puchong, Dungun, Jasin dan Selayang yang turut mendesak supaya Ketua Penerangan, Tun Faisal Ismail Aziz digantikan.

Untuk rekod, Saifuddin merupakan Ahli Parlimen ketiga yang secara terbuka menolak kepimpinan Muhyiddin selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Wan Saiful dipecat daripada parti minggu lalu manakala keahlian Wan Ahmad Fayhsal digantung selama sepenggal.

Pada Jumaat lalu, Saifuddin turut menuntut Muhyiddin menjelaskan kedudukan menantunya, Adlan Berhan yang kini diburu pihak berkuasa berhubung kes rasuah dan dilaporkan bersembunyi di sebuah negara di Timur Tengah.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan beberapa lagi Ketua Bahagian turut hadir dalam siri jelajah anti-Muhyiddin hari ini termasuk bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN