Muhyiddin sudah jangka perselisihan BN-PN

Muhyiddin sudah jangka perselisihan BN-PN

MUHYIDDIN Yassin semasa sidang akhbar selepas melancarkan Tawaran Bersatu sempena PRN Negeri Sembilan di Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perselisihan awal antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dijangka apabila pemimpin daripada kedua-dua gabungan saling tidak sependapat serta berbeza kenyataan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antaranya termasuk tindakan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berhasrat menamakan kerjasama BN-PN sebagai PBN

Beliau berkata, Hamzah bukan mempunyai jawatan sebagai Pengerusi PN dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tanpa konsensus kedua-dua gabungan.

“Saya dah jangka dah. Saya sudah jangka belum apa-apa.. siapa Hamzah Zainudin yang hendak mengatakan Perikatan Barisan Nasional (PBN). Itupun dia sudah kena ‘sembelih’.

“Saya pernah ada di situ (jawatan Pengerusi PN) dan tahu bagaimana hendak menguruskan soal PN.

“Kedua, dia kata ini sebagai satu gabungan. (Timbalan Pengerusi BN) Datuk Mohamad Hassan sudah nafikan (BN-PN) ia bukan gabungan.

“Jadi, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pihak disanggah oleh pihak lain dalam gabungan baharu itu,” katanya semasa sidang akhbar selepas pelancaran Tawaran Bersatu di Nilai di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kerjasama BN-PN dilihat bertujuan mengisi kepentingan masing-masing yang berebutkan kuasa.

Beliau malah mempersoalkan Pas yang tidak pernah membincangkan sebarang manifesto semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Saya buat ramalan (kerjasama BN-PN) ini adalah untuk kepentingan masing-masing tetapi kepentingan tidak semestinya untuk tujuan yang sama, pokoknya mereka hendak bersama untuk kuasa.

“Ada dia (Pas) bincang soal bagaimana kita bincangkan dalam manifesto hari ini? Ada tak terdengar Pas cakap soal ekonomi, sosial untuk rakyat? Awak cuba pergi ke lapangan.

“Yang dia buat, dia keluarkan hukum-hakam entah dari mana datang, bulan, langit, matahari. Ada Pas keluarkan manifesto?” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN