KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa mengugut beberapa ketua bahagian parti itu supaya menarik balik daripada menandatangani akuan bersumpah (SD) menjatuhkan Presiden. Mendedahkan perkara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, ugutan tersebut dibuat terhadap Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dan Ketua Bahagian Bersatu Puchong, Shukor Mustafa ketika kedua-duanya dipanggil bertemu Mohamed Azmin.…