Jana Wibawa: Ketua Bahagian Bersatu didakwa terima wang, aset RM1.1 juta

Jana Wibawa: Ketua Bahagian Bersatu didakwa terima wang, aset RM1.1 juta

MOHAMAD Shafiq Abdul Halim (kanan) menunjukkan dokumen lejar yang mendedahkan rekod transaksi kewangan berkenaan selepas sidang akhbar di Restoran Syed Bistro di sini, hari ini. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menerima wang tunai dan aset mewah bernilai RM1.1 juta berkait projek Jana Wibawa.

Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, maklumat itu adalah berdasarkan satu dokumen lejar yang mendedahkan rekod transaksi kewangan berkenaan.

Beliau berkata, ia diperoleh daripada seorang saksi dalam siasatan dan prosiding berkaitan kes Jana Wibawa.

“Lejar tersebut menunjukkan pembayaran bagi dua kenderaan mewah termasuk kos insurans dan cukai jalan. Kenderaan itu dibiayai menggunakan dana syarikat, menunjukkan kemungkinan aliran keluar wang melalui individu tertentu yang bertindak sebagai proksi atau perantara dalam transaksi.

“Jumlah keseluruhan yang direkodkan dalam dokumen lejar itu dianggarkan mencecah RM1.1 juta sepanjang tempoh tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di Restoran Syed Bistro di sini, hari ini.

Mohamad Shafiq berkata, pendedahan itu dibuat bagi menjaga integriti parti dan memastikan perjuangan politik Bersatu bebas daripada sebarang unsur rasuah.

“Berdasarkan pemerhatian keseluruhan, saya mempunyai alasan munasabah mempercayai lejar berkaitan projek Jana Wibawa tetapi kesahihan dan unsur jenayah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa.

“Saya menafikan pendedahan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak, sebaliknya menekankan siasatan telus dan adil bagi kepentingan rakyat,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN