SHAH ALAM: “Saya tidak terganggu dengan apa yang berlaku dan akan terus galas tanggungjawab sebagai Presiden.” Demikian kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan insiden kekecohan ketika beliau menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu di sini, malam tadi. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau mendakwa tidak mengetahui apa yang berlaku. “Saya tidak berapa pasti. Saya (pada waktu itu) di atas pentas tengah…