SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri dinasihatkan bertabayyun dengan menyemak kesahihan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman. Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu berkata, kenyataan insiden mengaitkan kaum tertentu disifatkan tidak bertanggungjawab dan boleh menggugat keharmonian atau ketenteraman awam. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting itu, seseorang wakil rakyat perlu menunjukkan teladan baik dan tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan serta boleh menimbulkan kebencian kaum.…