SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa sudah mempunyai calon Ketua Menteri Sabah sekiranya Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun enggan mendedahkan sosok yang akan menjadi sandaran kempen PN, sebaliknya memberi jaminan individu tersebut adalah orang tempatan dari negeri itu. Beliau berkata, sosok pemimpin itu akan didedahkan beberapa hari menjelang PRN. “Sudah pasti (kita…