SHAH ALAM: Pas dianggap terdesak mengubah pendekatan memfokuskan kepada semua kaum termasuk India yang sudah pun digagaskan dalam visi Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan berkata, pentadbiran kerajaan ketika ini bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana kaum atau golongan. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, ia antara faktor utama Pas yang tidak pernah menyebut soal komuniti…