ALOR SETAR: Hasrat MIC Kedah untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas dan Perikatan Nasional (PN) hanya boleh ditentukan di peringkat Pusat. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Pas dan PN Kedah tidak ada masalah untuk mengikuti segala keputusan di peringkat Pusat. “Kita tak bergaduh dengan sesiapa, kita baik sahaja dengan semua orang. Kalau nak berkawan, kita boleh berkawan dengan sesiapa pun. Tapi kalau soal kerjasama rasmi antara…