Anak bekas TYT Sabah sertai Star

Anak bekas TYT Sabah sertai Star

JEFFREY Kitingan (tengah) menerima borang keahlian Star Sabah daripada Amir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha, 75, telah menyertai Parti Sabah Solidariti Tanah Airku (STAR) pada hari ini.

Penyerahan borang dibuat kepada Presiden Star, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan.

Amir ialah anak kepada Tun Datu Mustapha Datu Harun, Yang Dipertua Negara Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga.

Beliau juga bekas ADUN Banggi selama lima penggal (1986-2008) dan bekas Ahli Parlimen Merudu selama tiga penggal (1990-2004).

Amir menyatakan salah satu sebab kembali menyertai politik ialah untuk membanteras isu rasuah di negeri Sabah.

“Rasuah di sana sini, inilah yang membimbangkan saya! Sebab itu, saya sudah berfikir panjang sepanjang tahun ini.

“Bagaimana kita menghapuskan rasuah ini, dengan cara saya menyertai politik,” ujarnya.

Beliau juga kembali ke landskap politik kerana kesedarannya terhadap kedudukan ekonomi Sabah yang kini tergugat.

“Sabah merupakan salah satu negeri terkaya di Malaysia tetapi hari ini Sabah paling miskin.

“Saya mintalah rakyat Sabah bersama-sama memperjuangkan nasib kita, untuk masa depan anak cucu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×