Ahmad Samsuri pertahan Naib Presiden Pas

Ahmad Samsuri pertahan Naib Presiden Pas

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-71 bulan depan.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan parti yang menyokong beliau untuk terus menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini (Naib Presiden). Saya berterima kasih atas pencalonan yang diberikan oleh kawasan-kawasan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial rasminya, semalam.

Muktamar Pas ke-71 akan berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, dari 11 hingga 16 September ini.

Acara selama enam hari itu turut merangkumi Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) yang dijadualkan di lokasi sama.

Muktamar kali ini dijangka menjadi tumpuan apabila bakal menyaksikan pemilihan kepimpinan tertinggi parti, termasuk jawatan Naib Presiden yang disandang Ahmad Samsuri sejak 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN