ALOR SETAR: UMNO Kedah membidas kenyataan seorang pemimpin PKR yang menuduh desakan Ketua-ketua UMNO Bahagian dalam isu Titah Adendum kononnya biadab terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, persoalan yang timbul kini cukup mudah iaitu siapa sebenarnya yang biadab dalam perkara itu. “Pemimpin UMNO yang secara terbuka dan tertib menuntut pelaksanaan Titah Adendum yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 atau…