Nasib Suhaili diketahui selepas Johari terima semua dokumen

Nasib Suhaili diketahui selepas Johari terima semua dokumen

Suhaili
JOHARI Abdul ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Konsultatif YPA Ke- 2 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kedudukan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman sebagai Ahli Parlimen Labuan akan ditentukan selepas Dewan Rakyat menerima dokumen daripada beliau dan Parti Bersatu (Bersatu).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau sudah pun menerima notis daripada Bersatu yang memohon supaya kerusi tersebut diisytiharkan kosong susulan pembatalan writ saman oleh Mahkamah Shah Alam.

“(Selepas menerima surat daripada Bersatu) saya telah mengutuskan surat kepada Suhaili. Saya memerlukan beberapa dokumen berkaitan (daripada Suhaili dan Bersatu) sebelum membuat keputusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Konsultatif Ahli Parlimen Muda ASEAN (YPA) yang ke-2, hari ini.

Bersatu sebelum ini dilapor mendesak Johari mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen berkenaan.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kekosongan itu perlu dibuat susulan keputusan pembatalan writ saman dan penyata tuntutan yang dibuat Mahkamah Shah Alam pada 15 April lalu, yang mana Suhaili membuat dua tuntutan itu sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya