KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memasuki hari kelima hari ini. Setakat ini kempen yang melibatkan dua calon bertanding berjalan lancar dan dalam keadaan harmoni. Malah, setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku atau kekacauan dilaporkan. Bangsa Johor memang terkenal dengan kebaikan. Inilah kempen cara Johor, sentiasa berhemah. Nyata, semua pihak, khususnya parti yang bertanding, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tetap mendukung…










