Azmawi senang ‘jual’ pada pengundi

Azmawi senang ‘jual’ pada pengundi

MOHD. NOOR HELMY Abdul Halem (kiri) bersama bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam adalah calonnya sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, sosok Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani itu sendiri boleh disifatkan sebagai senang ‘jual’ kepada para pengundi.

Ujarnya, kerana khidmat bakti yang dicurahkan sebagai pegawai khas ADUN Nenggiri sebelum ini dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, maka tidak hairanlah Mohd. Azmawi Fikri amat dikenali di kawasan itu.

“Pelbagai teori dan andaian yang dibuat tentang asbab terzahirnya keputusan semalam. Memang banyak asbab tapi pada saya yang paling utama adalah faktor calon.

“Azmawi senang jual pada pengundi Nenggiri. Dia sudah lama buat kerja politik khidmat bakti. Rata-rata kawasan dalam Nenggiri ada terima sentuhan dia. Daripada bermula sebagai pegawai khas YB (yang berhormat) BN di Nenggiri, sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, sebagai ketua belia, sebagai insan dan segala bagailah,” katanya.

BN meraih kemenangan bergaya selepas Mohd. Azmawi Fikri atau Awie menang pada PRK, sekali gus merampas semula kerusi DUN itu.

Kemenangan Awie diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud pukul 9.30 malam semalam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Awie menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×