Syed Azmi, Hasan Rahman terajui Pertubuhan Alumni 4B

Syed Azmi, Hasan Rahman terajui Pertubuhan Alumni 4B

SYED AZMI AHMAD Syed Nazir Ahmad (tiga dari kanan) mengangkat tangan Hasan Rahman selepas kedua-dua mereka diumumkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni 4B Malaysia di Pejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pertubuhan Alumni 4B Malaysia buat penggal kedua selepas tidak dicabar pada hari terakhir penamaan calon, kelmarin.

Syed Azmi Ahmad mendapat sokongan penuh daripada kesemua 12 pertubuhan negeri yang telah bersidang termasuk Melaka di Pejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di sini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman juga menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan Naib Presiden turut mendapat sokongan penuh daripada 12 pertubuhan negeri.

Syed Azmi Ahmad berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengerusi negeri dan perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui Pertubuhan Alumni 4B Malaysia buat penggal kedua.

“Saya akan meneruskan agenda untuk memperkasakan pertubuhan ini
termasuk menyambung balik agenda-agenda yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Insya-Allah saya akan menjalankan amanah yang telah diberikan kepada saya untuk saya mentadbir pertubuhan ini di peringkat kebangsaan dan juga negeri-negeri,” katanya kepada pemberita.

Tambah Syed Azmi Ahmad, Persidangan Pertubuhan Alumni 4B Malaysia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dan akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN