Tanda aras positif penerimaan Pemuda UMNO terhadap Nazri

Tanda aras positif penerimaan Pemuda UMNO terhadap Nazri

MUHAMAD AKMAL Saleh (dua dari kiri) pada Program Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri di Kampung Kenangan, Taman Tun Dr. Ismail, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kempen berterusan dilaksanakan Pemuda UMNO menunjukkan tanda aras positif untuk pengundi muda menterjemahkan kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya mengharapkan dapatan dilakukan sepanjang tempoh berkempen kekal hingga hari mengundi nanti.

Katanya, strategi turun ke cawangan memberikan penerangan secara jelas dan lebih bersasar dengan memfokuskan kepada ahli Pemuda UMNO untuk keluar mengundi secara beramai-ramai dilihat membuahkah hasil.

“Strategi kali ini berbeza, jika sebelum ini hanya menggunakan pentas ceramah memberikan penerangan, namun kali ini dengan cara berjumpa seramai mungkin ahli peringkat akar umbi dan ia menampakkan hasil.

“Diharapkan momentum ini akan berterusan dan gerak kerja ini diteruskan hingga saat akhir berkempen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri di Kampung Kenangan, Taman Tun Dr. Ismail di sini, hari ini.

Tambah Akmal, perbezaan pendapat dan ideologi antara parti bertanding tidak menjadi masalah, selagi tidak melampau sehingga berani menggunakan hukum-hakam melibatkan halal dan haram.

Ujarnya, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana kenyataan sedemikian terutamanya dikeluarkan oleh seorang bekas pemimpin negara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh membuatkan rakyat terkesan.

“Kita boleh berbeza pendapat, berbahas ideologi namun jangan menggunakan sentimen khususnya berkaitan agama, raja dan kaum (3R), diharapkan orang Johor boleh membuat penilaian terbaik dan jangan menggunakan sentimen sepanjang tempoh kempen yang tinggal beberapa hari lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN