Nazri rayu pengundi luar pulang

Nazri rayu pengundi luar pulang

NAZRI Abdul Rahman ditemui pemberita di Taman Indah, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pengundi luar sama ada yang bekerja di negara jiran Singapura dan Indonesia serta dalam negara, dirayu pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada 9 September ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman berkata, setiap undi adalah penentu kemenangan calon bertanding, selain memastikan masa depan kerusi berkenaan.

“Saya merayu kepada semua pengundi yang kini berada di merata tempat dalam dan luar negara untuk pulang mengundi.

“Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas komitmen semua sepanjang tempoh berkempen hingga hari ini dan baki tiga hari sebelum hari mengundi akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan seberapa ramai lagi pengundi di Simpang Jeram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program riadah di Taman Indah di sini, hari ini.

Tambah Nazri, sebelum ini masih ramai masyarakat sekitar tidak mengetahui adanya pilihan raya di Simpang Jeram, namun penerangan daripada jentera PH telah menyedarkan mereka agar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Dengan pengetahuan yang disampaikan itu, diharapkan orang ramai boleh keluar awal pada hari mengundi nanti dan memilih calon yang boleh membawa pembangunan di kawasan ini.

“Ketepikan ideologi dan fahaman politik dengan memilih seorang wakil rakyat yang mampu untuk meneruskan agenda kerajaan pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN