Kerajaan faham 'signal', zaman kerajaan betul semua telah berlalu

Kerajaan faham ‘signal’, zaman kerajaan betul semua telah berlalu – TPM

AHMAD ZAHID Hamidi melawat gerai pameran Giat Mara sambil diperhatikan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Perasmian Penutup Sentuhan Kasih Desa di Sungai Abong, Muar, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan memahami isyarat atau signal dihantar rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas sama ada ucapan itu merujuk kepada keputusan PRN di enam negeri, Ahmad Zahid berkata, isyarat diterima bakal diterjemahkan dalam bentuk tindakan memperbetulkan semua sistem berkaitan.

Tegas beliau, ‘zaman kerajaan betul semua’ dan ‘kerajaan tahu semua’ telah berlalu.

“Mungkin ada rasa tak puas hati atau terkilan ataupun mungkin tawar hati, itu yang lalu. Tetapi kami telah dapat mesej yang jelas kami telah dapat signal yang jelas, kita lupakanlah cerita dua tiga minggu lalu, yang kita nak hadapi ini ialah 9 haribulan ini.

“Insya-Allah signal ini kami fahami, signal ini kami akan terjemahkan dalam bentuk tindakan di mana kerajaan negeri dan kerajaan Pusat telah dapat mesej itu, telah dapat signal itu dan perubahan-perubahan pasti akan dilakukan.

“Cukuplah niat itu hanya untuk menghantar signal, kami tahu sebagai kerajaan di mana kerajaan negeri atau kerajaan Pusat, pendekatan ‘zaman kerajaan betul semua’ telah berlalu. ‘Zaman kerajaan tahu semua’ juga telah berlalu. Kami harus melihat mana-mana sistem yang kurang betul, insya-Allah kami berjanji akan betulkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sentuhan Kasih Desa di Sungai Abong di sini, hari ini.

Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram 9 September ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman; calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Mazri Yahya dan calon Bebas, S. Jeganathan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN