Dr. Mazri tawar empat perkara untuk Simpang Jeram

Dr. Mazri tawar empat perkara untuk Simpang Jeram

MOHD. MAZRI Yahya mengumumkan manifesto terakhirnya dalam sidang akhbar khas di Markas Pas Bakri, Muar, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Mazri Yahya mengumumkan empat tawaran kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, tiga hari sebelum hari mengundi 9 September ini.

Katanya, tawaran tersebut meliputi dialog awam berkala, program untuk masyarakat setempat, program berkaitan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan sukan untuk golongan belia serta pelan perumahan mampu milik.

“Dialog awam berkala menganjurkan sesi antara penduduk yang terjejas banjir kilat dengan pihak berwajib sehingga kekerapan banjir dapat dihentikan.

“Pada masa sama, kita akan turut mewujudkan sesi dengan Syarikat Air Johor dan merangka tindakan pemantauan yang telus berkaitan jadual penukaran perpaipan uzur dan gantian,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Bakri di sini, hari ini.

MOHD. MAZRI YAHYA

Bagi program untuk masyarakat majmuk, Dr. Mohd. Mazri berkata, beliau akan mengusahakan pusat bantuan dan pengupayaan orang kurang upaya (OKU) dengan kerjasama agensi kerajaan Persekutuan.

“Kita juga akan mengadakan Program Jejak Bakat Orang Muda Simpang Jeram dalam segenap disiplin termasuk sukan, TVET dan keusahawanan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menawarkan pelan penubuhan kompleks sukan untuk penduduk Simpang Jeram khususnya golongan belia.

“Kita mengadakan libat urus dengan kesemua persatuan belia dan kelompok penggiat sukan berkaitan keperluan sukan dan rekreasi. Kita juga akan menghasilkan Pelan Tindakan Simpang Jeram Cergas di lokaliti,” katanya.

Tambahnya lagi, perumahan mampu milik juga menjadi salah satu tawaran utama PN.

“Kita melaksana libat urus dengan pihak berwajib berkaitan pelan penempatan perumahan rumah mampu milik. Kita juga akan menggalakkan pelaburan dari pemaju perumahan yang menampilkan kaedah pembinaan inovatif bagi menghasilkan rumah dalam kadar yang cepat pada nilai mampu milik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN