Pengalaman sebagai pegawai khas jadi panduan berkhidmat

Pengalaman sebagai pegawai khas jadi panduan berkhidmat

NAZRI Abdul Rahman bertemu para pengundi di sekitar Simpang Jeram, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pengalaman mengendali rakyat secara lebih dekat apabila dapat bersama mengharungi susah dan senang adalah penting sebagai seorang wakil rakyat.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman berkata, selama dua penggal berkhidmat sebagai pegawai khas kepada penyandang kerusi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sangat membantunya menguruskan masalah serta kebajikan rakyat.

Katanya, hakikatnya bukan mudah untuk memahami setiap kehendak masyarakat, namun belajar daripada pengalaman yang dialami sendiri bakal memudahkan tugasnya.

“Setiap perkampungan dan taman perumahan ada masalah tersendiri, begitu juga dengan masyarakatnya. Oleh itu, saya guna sebaiknya cara arwah (Salahuddin) untuk mengatasinya satu persatu.

“Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah kehidupan rakyat kerana perkara itu antara tuntutan hidup berkeluarga terutama golongan B40,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Nazri, lebih utama adalah mengenal pasti keperluan masyarakat dalam menjalani hidup seharian bersama keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN