Pergaduhan sekumpulan pelajar kerana salah seorang individu ditampar

Pergaduhan sekumpulan pelajar kerana salah seorang individu ditampar

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, bergaduh selepas tamat waktu persekolahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pergaduhan antara sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, dekat sini semalam dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati selepas salah seorang daripada mereka ditampar.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, susulan kejadian pada pukul 12.45 tengah hari tersebut, pihaknya menahan seramai 15 individu termasuk 13 remaja lelaki.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 12 hingga 37 tahun, dengan dua daripada mereka merupakan wanita.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan bermula kerana perasaan tidak puas hati selepas seorang daripada suspek dipercayai ditampar, sebelum situasi bertukar kecoh sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan selepas waktu persekolahan.

“Seramai 13 remaja lelaki terlibat direman selama empat hari bermula hari ini, manakala dua lagi wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan sekumpulan pelajar bergaduh di atas jalan raya dipercayai berdekatan sebuah sekolah di bandar raya ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN