PRN: Agihan kerusi antara PH-BN tiada masalah - Anwar - Utusan Malaysia

PRN: Agihan kerusi antara PH-BN tiada masalah – Anwar

ANWAR Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada masalah berhubung agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau menyerahkan kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk memulakan rundingan dan kemudian mengemukakan kepada pusat.

“Tadi bincang tiada masalah, kamu (wartawan) dengar daripada siapa (wujud pertikaian)? Bincang kita terima, macam negeri dipimpin UMNO, kita terima. Macam negeri lain dipimpin komponen PH, kita terima.

“Saya ingat itu bukan isu dipertikai. Tapi saya serah kepada kepimpinan di negeri untuk memulakan rundingan dengan kemas, kemudian mengemukakan kepada kepimpinan pusat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato Onn hari ini.

Beliau ditanya sama ada wujud pertikaian agihan kerusi antara komponen parti-parti Kerajaan Perpaduan khususnya antara BN dan PH dalam menghadapi PRN akan datang.

Terdahulu, Anwar memaklumkan rundingan dalam mendepani PRN akan diteruskan manakala dalam masa terdekat, wakil PH dan BN akan memutuskan beberapa perkara khususnya melibatkan calon, kerusi dan strategi kempen.

ANWAR Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Ia (agihan) akan diputuskan dalam terdekat,” jelasnya.

Katanya, parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan akan turun memberikan kerjasama dan sokongan sebagai tanda kerjasama dan kesepakatan sesama mereka.

Pada masa sama, Anwar memberitahu mesyuarat hari ini turut menyentuh Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei yang menyentuh soal nilai bersamaan dan usaha mereka untuk memakmurkan negara.

Katanya, program sehari itu akan disertai semua pimpinan Kerajaan Perpaduan dan turut mengundang Parti Muda, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Selain PH, Kerajaan Perpaduan didukung BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah dan parti lain serta wakil rakyat Bebas sekali gus mendapat sokongan 148 ahli Parlimen.

Sementara itu, Anwar memberitahu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang akan memberikan penerangan berhubung perkembangan syarikat pengeluar nadir bumi Lynas yang dikatakan mendapat lanjutan selama beberapa bulan meneruskan operasi memproses dan mengimport bahan radioaktif di Malaysia.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa lanjutan dibuat dengan syarat yang ketat.

Beliau diminta mengulas laporan media yang melaporkan Lynas mendapat lanjutan selama beberapa bulan lagi untuk meneruskan operasi memproses dan mengimport bahan radioaktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya