PH Pahang sebulat suara sokong bentuk kerajaan negeri bersama BN - Utusan Malaysia

PH Pahang sebulat suara sokong bentuk kerajaan negeri bersama BN

AMIRUDIN Shari (duduk, dua dari kiri) bermesyuarat bersama pimpinan PH Pahang berhubung sokongan kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju memberikan sokongan secara rasmi kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesepakatan itu dicapai hasil dari mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.

Katanya, persetujuan sebulat suara itu berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN (16) manakala PH (lapan) yang sudah melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan negeri Pahang yang baru pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada PRU15 Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) Pahang menang 17 kerusi DUN sekali gus tiada parti yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Mana-mana parti perlu menang 22 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Justeru itu, ia bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH dalam membentuk kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya