Mas Ermieyati reda, aktiviti di sebuah surau dibatalkan - Utusan Malaysia

Mas Ermieyati reda, aktiviti di sebuah surau dibatalkan

MAS ERMIEYATI Samsudin memandang sebuah surau di Masjid Tanah, Melaka selepas aktiviti berkempennya yang telah dijadualkan berlangsung di situ dibatalkan pada saat akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Jadual sepatutnya saya bergotong-royong dengan jemaah di sini pagi ini. Tapi saya telah dimaklumkan oleh ahli jawatankuasa (AJK) surau yang mereka tak dapat terima kehadiran saya, atas sebab-sebab tertentu.

“Tak apalah, saya faham. Saya hanya pandang dari jauh”.

Itu luahan penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) setelah aktiviti berkempennya yang telah dijadualkan berlangsung di sebuah surau di sini pagi tadi, dipercayai dibatalkan pada saat akhir.

Katanya, beliau telahpun tiba di hadapan surau berkenaan sebelum dimaklumkan oleh AJK bahawa kehadirannya tidak dapat diterima atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

“Teringat dulu masa awal surau ini dibuat. Saya dengan kawan-kawan Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah buat program di sini.

“Dan ada permintaan daripada jemaah untuk saya buatkan jalan tar untuk ke surau sana bagi kemudahan jemaah. Telah pun saya luluskan waktu itu.

“Apa pun saya doakan semoga urusan mereka semua dipermudahkan. Saya? Ini nak mencari tempat minum di Pekan Kuala pula tiba-tiba tekak jadi haus, jom,” katanya melalui hantaran di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Mas Ermieyati berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka itu ditentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid; calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Mutalib Uthman dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Handrawirawan Abu Bakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya