Pas tiada isu Ismail Sabri jadi calon PM PRU15

Pas tiada isu Ismail Sabri jadi calon PM PRU15

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas tiada masalah dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tiada isu selama Ismail Sabri memegang jawatan tersebut, malah masih bekerjasama dengannya sehingga hari ini.

“Kita tiada isu dengan Ismail Sabri, sekarang pun kita kerjasama dengan Ismail Sabri,” katanya ringkas pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim turut menegaskan parti itu tidak pernah membuat pusingan ‘U’ tentang kerjasama dengan UMNO melibatkan penyatuan ummah dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kita tidak pernah pusing. Kita jalan lurus. Pas tegaskan penyatuan ummah ini, kita tidak pernah undur ke belakang.

“Tidak pernah kita ubah. Daripada dahulu sampai sekarang. Jadi saya fikir tidak timbul pusingan U,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa memberi bayangan bahawa Pas akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan MN tidak lama lagi.

Portal berita itu melaporkan, perkara berkenaan adalah antara isi taklimat yang disampaikan Ahmad Zahid dalam perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya