Kritikan Tun M tak lemahkan UMNO - Utusan Malaysia

Kritikan Tun M tak lemahkan UMNO

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO tidak akan lemah dan terjejas dengan kempen terbaharu daripada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya parti itu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15 ).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Tun Dr. Mahathir kini bukan lagi ahli UMNO dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan parti.

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu hanya mengulangi ayat dan perkataan yang sama mengenai UMNO supaya orang Melayu percaya apa yang diperkatakannya tetapi ia hanya bermotifkan politik dendam semata-mata.

Beliau berkata, penolakan pengundi Johor terhadap parti Pejuang adalah satu kegagalan kepimpinan Dr. Mahathir setelah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Orang Melayu tidak lupa dengan tindakan beliau apabila berpakat dengan DAP dan parti pembangkang lain bagi menjatuhkan UMNO pada PRU14.

Disebabkan angkara Tun Dr. Mahathir itu, akhirnya negara porak-peranda dan kesannya sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Ziarah Kasih di Kampung Parit Gantong, Sanglang di sini kelmarin.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, UMNO perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO mempunyai 3.4 juta ahli dan hanya beberapa orang yang dihadapkan ke mahkamah serta tidak perlu menuduh semua terlibat dengan rasuah.

“Ini suatu yang tidak adil, UMNO sebelum ini pernah memayungi dan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, mengapa begitu benci beliau kepada UMNO,” soalnya.

Ahmad memberitahu, parti terbesar orang Melayu itu akan terus berjuang bagi memastikan BN memenangi PRU15 dengan majoriti besar.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN