Rafizi seru ahli PKR buat laporan polis kepada Najib esok - Utusan Malaysia

Rafizi seru ahli PKR buat laporan polis kepada Najib esok

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli minta semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok, berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri itu sehingga membawa tuntutan waris Kesultanan Sulu. 

Menurut beliau, undang-undang negara memperuntukkan bahawa rakyat boleh mengambil tindakan sama ada di bawah Kanun Jenayah atau tindakan saman sivil terhadap mana-mana penjawat awam yang cuai dalam menjalankan tugas awam. 

“Dalam kes ini, kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri mendedahkan negara kepada tuntutan aset sebanyak RM67.5 bilion.

“Dengan ini, saya meminta cabang-cabang dan pimpinan PKR seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sultan Sulu. 

“Saya juga memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi Amanah dan DAP di seluruh negara untuk bersama-sama dengan PKR menyertai siri laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Rafizi berkata, beliau minggu lalu mendedahkan bahawa masalah diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut-turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula daripada zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Apabila negara mula mengetahui mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu yang melibatkan aset Petronas bernilai sekitar RM9 bilion baru-baru ini, Najib cepat-cepat cuba mengalihkan fokus rakyat dengan menuding jari kepada pentadbiran-pentadbiran selepas beliau.

“Sedangkan kertas timbang tara secara jelas menunjukkan fakta notis tuntutan itu disampaikan kepada pentadbiran beliau bertarikh 2 November 2017. Tuntutan itu juga bermula selepas pentadbiran beliau menghentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya