TH ambil maklum syor RCI

TH ambil maklum syor RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mendedahkan kepada umum laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.

TH berkata, pihaknya mengambil maklum syor-syor yang dikemukakan RCI berhubung perkara yang berlaku sebelum 2018.

Menurutnya, TH telah melangkah ke hadapan sejak itu dengan melaksanakan 75 peratus daripada syor RCI bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kesejahteraan institusi.

“Selebihnya kini sedang dalam proses pelaksanaan. TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

“Di samping itu, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju supaya laporan RCI itu diklasifikasikan semula sebelum didedahkan kepada umum hari ini.

Beliau berkata, laporan tersebut juga akan dibentangkan dan dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN