Kekalahan Shamsul Iskandar, peluang BN rampas Hang Tuah Jaya - Utusan Malaysia

Kekalahan Shamsul Iskandar, peluang BN rampas Hang Tuah Jaya

ASHARI Ibrahim berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Veteran UMNO Bahagian Tangga Batu di Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kekalahan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin bagi jawatan Ketua Cabang dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Veteran UMNO Melaka, Datuk Ashari Ibrahim berkata, ia memberi petanda bahawa kerusi yang pernah dimenangi BN menerusi Datuk Md. Sirat Abu pada 2008 mampu ditawan kembali selepas dua penggal tewas.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek itu menegaskan, UMNO perlu mengambil peluang tersebut dan memilih calon muka baharu yang berwibawa.

Selain Hang Tuah Jaya, kata beliau lagi, BN dijangka berpeluang cerah merampas kembali Parlimen Tangga Batu, Alor Gajah serta mengekalkan Masjid Tanah yang sebelum ini milik UMNO sebelum Datuk Mas Ermieyati Samsudin melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Di sebalik kemelut dalaman parti yang berlaku sekarang, tidak mustahil peluang BN untuk merampas kembali tiga kerusi yang tewas pada PRU14 dan diterjemahkan seperti kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Rakyat di negeri ini yakin dengan BN, kekalahan pada PRU14 sebenarnya jadi pengajaran. Selain itu, jentera parti pula sudah bersedia selepas bertungkus lumus memastikan 21 daripada 28 kerusi dimenangi pada PRN Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Veteran UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, pergeseran dalaman parti ketika ini dilihat tidak menjejaskan momentum rakyat yang mahukan BN kembali memerintah bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

“Sebahagian kita ada pengalaman sebagai wakil rakyat, duduk di cawangan serta bahagian serta tiada masalah untuk berjuang kembali demi survival UMNO sendiri,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya