'Jangan malu hormati pemimpin, mesti jauh pemimpin rasuah' - Utusan Malaysia

‘Jangan malu hormati pemimpin, mesti jauh pemimpin rasuah’

atlet
AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Jangan malu menghormati pemimpin yang baik, mesti jauhi pemimpin rasuah.”

Demikian jawapan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap status Facebook Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menunjukkan gambar Menteri Belia dan Sukan mencium tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Faizal kemudian menyelitkan sebuah hadis Rasulullah yang mengajak memuliakan dan menghormati pemimpin.

“Teladan memuliakan dan menghormati pada pemimpin sebetulnya sudah diajarkan oleh Rasulullah dalam salah satu hadisnya. Saya sentiasa menghormati semangat Keluarga Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula bagaimana?

“Jangan malu menghormati pemimpin yang baik, mesti jauhi pemimpin rasuah,” jawab Ahmad Faizal menerusi catatan Facebook beliau hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi dalam hantaran Facebook beliau memuat naik gambar Ahmad Faizal mencium tangan Perdana Menteri.

“Gambar paling menang malam ini! Tahniah YB Faizal Azumu sebagai tanda penghormatan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya