`Pas berpusing-pusing, malas nak komen' - Utusan Malaysia

`Pas berpusing-pusing, malas nak komen’

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: UMNO me­negaskan sukar untuk membuat keputusan berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) ketika ini kerana Pas dilihat tidak tetap pendirian.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti itu sebalik­nya mengeluarkan kenyataan ‘berpusing-pusing’ berhubung kerjasama yang terjalin antara kedua-duanya.

Menurut beliau, UMNO ha­nya akan memberikan kata putus berhubung kerjasama ber­kenaan apabila tiba masa yang dirasakan sesuai kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengenai MN saya sudah malas hendak komen, kenyataan Pas berpusing-pusing jadi saya tidak mahu komen. Biarlah dia nak cakap apa kita dengar dan lihat sahaja, sampai masa nanti kita buat keputusan,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO

Bahagian Pasir Gudang di Dewan Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang di sini semalam.
Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membidas kenyataan UMNO bahawa MN kini sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ sebaliknya golongan yang menolak dan mahu menguburkan kerjasama itu yang berada di hujung nyawa.

Sementara itu, Mohamed Khaled menegaskan, tidak pernah berlaku penolakan UMNO terhadap pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kita beri sokongan penuh kerana apa yang penting adalah kerajaan negeri sedia ada melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan itu memerlukan sokongan akar umbi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dan UMNO mampu menarik kembali sokongan rakyat dan mengekalkan momentum kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Apa yang penting adalah sebuah kerajaan yang dapat berkhidmat dan menyelesaikan semua permasalahan dihadapi rakyat. Kita yakin untuk kekalkan momentum, namun perkara itu bergantung pada prestasi kerajaan negeri dan Pusat,” ujarnya.

Katanya, Onn Hafiz juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mengurus dan mengekalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu sehingga PRU-15.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×