Kit Siang seru pengundi Melaka tolak calon PN, BN - Utusan Malaysia

Kit Siang seru pengundi Melaka tolak calon PN, BN

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menyeru pengundi Melaka untuk menolak calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. 

Beliau berkata, ini berikutan sepanjang 10 hari yang lepas, purata kes harian baharu Covid-19 di Indonesia adalah bersamaan 7.2 peratus daripada purata kes harian baharu yang direkodkan di Malaysia sedangkan negara jiran itu mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding negara ini. 

Katanya, angka 6,289 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam dilihat begitu tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kes jangkitan dan korban yang direkodkan semasa perintah darurat diisytiharkan. 

“Ini bermakna, kita masih perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk menamatkan gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia, yang berlanjut selama 14 bulan sejak September tahun lalu, (juga) gelombang Covid-19 yang terpanjang di dunia. 

“Saya menyeru pengundi Melaka untuk menolak calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab prestasi buruk Malaysia dalam menangani wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di blognya hari ini. 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga menambah, sepanjang 10 hari kempen pilihan raya negeri itu, negara mengumpul 52,303 kes jangkitan baharu, berbanding Indonesia sebanyak 3,771 kes atau bersamaan 7.2 peratus daripada jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di negara ini. 

Malah, katanya, Indonesia juga merekodkan purata kes harian sebanyak 377 kes untuk tempoh 10 hari lalu berbanding Malaysia yang merekodkan purata kes harian sebanyak 5,230 kes untuk tempoh yang sama.

“Saya berasa malu sebagai seorang rakyat Malaysia apabila melihat prestasi buruk yang ditunjukkan negara dalam perang melawan wabak Covid-19 berbanding negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, malah India.

“Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan telah berjaya mengawal lonjakan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia. 

“Namun proses untuk menang perang melawan wabak Covid-19 bergerak terlalu perlahan, dan atas sebab itu tindakan menolak calon PN dan BN pada Sabtu nanti adalah suatu keputusan yang amat wajar,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya