Lompat parti jejas imej ahli politik - Utusan Malaysia

Lompat parti jejas imej ahli politik

KHAIRUL Shahril Mohamed (tengah) menyampaikan kotak makanan sumbangan DPMM Perak kepada seorang penerima di Bota depat Parit hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT:  Undang-undang anti lompat parti perlu dilaksanakan dengan segera bagi menjaga imej ahli politik.

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed berkata, kes lompat parti melibatkan wakil rakyat yang berlaku menyebabkan masyarakat terutama anak muda merasakan ahli politik merupakan golongan paling tidak berguna.

 

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Komunikasi negeri berkata, sebagai exco Belia, beliau bimbang terhadap pandangan orang muda mengenai politik negara terutama melibatkan kes melompat parti.

 

“Mereka yang melompat menyertai parti lain disifatkan oleh golongan muda sebagai paling tak berguna.

 

“Kalau dalam agama, dosa besar ialah keluar daripada agama, tapi dalam politik bagi saya  dosa paling besar ahli politik ialah melompat parti.

 

“Walau apa pun alasan yang mereka berikan, melompat parti bukan satu tindakan yang boleh kita terima,” katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan sumbangan kotak makanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Pusat Khidmat Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bota, Bota Kanan dekat sini hari ini.

 

Menurutnya, beliau malu dengan kes pemimpin melompat parti yang melibatkan hampir semua parti politik yang ada.

 

“Kalau rasa tak boleh, tak sesuai dengan parti sedia ada, lebih baik letak jawatan terus sebagai wakil rakyat.

 

“Itu lebih bermaruah, berprinsip dan memberi pengiktirafan kepada pengundi-pengundi yang memilih mereka dulu. Saya harap akta anti lompat parti diluluskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN