'Belum ada keputusan siapa calon PKR pada PRU-15' -Anwar - Utusan Malaysia

‘Belum ada keputusan siapa calon PKR pada PRU-15’ -Anwar

ANWAR Ibrahim ketika mengadakan lawatan dan tinjauan di Pantai Telok Kemang, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: PKR belum membuat sebarang keputusan berhubung calon yang akan diletakkan parti itu untuk bertanding di mana-mana kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

 

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut termasuk berhubung kedudukan beliau yang kini merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

 

“Saya belum buat keputusan, belum ada apa-apa keputusan mana-mana calon akan bertanding di mana-mana kawasan termasuk untuk presiden, itu fakta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan di Pantai Telok Kemang, di sini hari ini.

 

Baru-baru ini, akhbar melaporkan PKR Perak menawarkan Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen di negeri berkenaan dalam PRU-15.

 

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, tawaran itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak baru-baru ini, sebagai langkah untuk mengukuhkan parti itu menawan negeri berkenaan.

 

Menurutnya, kehadiran nama besar seperti Anwar tentu memudahkan PKR untuk menawan Perak.

 

Bagaimanapun, Anwar menambah, perkara mengenai pembahagian kerusi sedang diperbincangkan di peringkat negeri dan pusat.

 

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, isu mengenai penggunaan logo PH ataupun PKR bagi menghadapi PRU-15 masih lagi dibincangkan.

 

“Masih kita bincang, dengar maklum balas, kita dengar, saya tak boleh buat keputusan sendiri jadi, saya dengar pandangan daripada negeri-negeri, cabang tetapi apapun PH itu satu blok yang kuat,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN