Tiga Ahli Dewan Negara dilantik semula untuk penggal kedua - Utusan Malaysia

Tiga Ahli Dewan Negara dilantik semula untuk penggal kedua

TI LIAN KER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai tiga Ahli Dewan Negara dilantik semula bagi penggal kedua dalam majlis mengangkat sumpah hari ini.

Upacara yang disiarkan secara langsung oleh Parlimen menyaksikan pelantikan semula Senator Datuk Ti Lian Ker, Senator Datuk Razali Idris dan Senator Ir. Md. Nasir Hashim.

Lian Ker yang bakal mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan petang ini dilantik untuk penggal kedua bermula 10 Ogos ini.

Razali dan Md. Nasir akan memulakan penggal kedua sebagai Ahli Dewan Negara pada 27 Ogos ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pelantikan tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Setelah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua, dalam keadaan sedemikian, erti sumpah perlu dicerakinkan sebaiknya terutama dalam aspek menunaikan tanggungjawab sedemikian.

“Ertinya, kita harus menilai prestasi penggal pertama dan mempertingkatkan dalam tempoh penggal kedua, sudah tentu Yang Berhormat perlu bekerja lebih keras dalam menunaikan kebertanggungjawaban bukan sahaja kepada dewan dan institusi legislatif tetapi lebih terutama ialah kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya