Rakyat matang hadapi kemelut politik - Utusan Malaysia

Rakyat matang hadapi kemelut politik

AMINUDDIN HARUN dikatakan tidak tahu ada gerakan untuk menyingkirkannya daripada memimpin PKR Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Apa juga keadaan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan diharap dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik dan rakyat pula dapat terbuka dalam melalui suasana yang berlaku ketika ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan kemelut politik yang berlaku ketika ini merupakan perkara biasa bagi sesebuah negara dan beliau yakin rakyat matang untuk menghadapinya.

“Kalau kita lihat pada tahun 2018 (berlakunya) pertukaran kerajaan selepas 22 bulan bertukar lagi kerajaan, tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku.

“Jadi, saya yakin rakyat sudah matang, patuh dan kita jangan ditakut-takutkan dengan perkara yang tak mungkin berlaku. Kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi, saya harap dengan hati terbuka kita yakin ini adalah perkara biasa dalam sesebuah negara,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian di sini hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan dalam usul undi percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada September depan.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan terhadap perkara itu sewaktu beliau menghadap baginda pagi tadi.

Sementara itu, dalam sidang akhbar tersebut, Aminuddin memaklumkan, kes harian jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan perlu dikurangkan bagi membolehkan negeri ini beralih dari fasa satu ke fasa dua dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walaupun terdapat penurusan peratusan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di hospital ia masih lagi tinggi, jumlah jangkitan juga masih tinggi

“Kita akan dapat kurangkan jumlah jangkitan dan jumlah penggunaan katil hasil
program vaksinasi, saya harap penduduk dapat bersabar, ia akan mengambil masa sedikit lagi untuk kita berpindah ke fasa seterusnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tidak akan diadakan pada tahun ini.

“Kerajaan negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan sempena Maal Hijrah tahun ini termasuk di masjid dan surau.

“Bagaimanapun, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan mengadakan program sambutan tersebut secara dalam talian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya