Perbincangan nama Khairy, Nurul Izzah dan Azalina sebagai calon PM - Utusan Malaysia

Perbincangan nama Khairy, Nurul Izzah dan Azalina sebagai calon PM

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam, orang ramai dan pengguna media tidak melepas peluang mencadangkan beberapa ahli Parlimen sesuai agar dilantik mengetuai pentadbiran kerajaan.

Malah, ada yang mengambil kesempatan membuat undian di platform media sosial berhubung nama-nama yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Tinjauan Utusan Malaysia di Twitter mendapati perbincangan nama calon Perdana Menteri hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial.

Selain lima nama besar iaitu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, terdapat juga mencadangkan beberapa wakil rakyat lain.

“Hishammuddin satu-satu calon yang menarik untuk jadi Perdana Menteri,” jelas pengguna Twitter @ihafiylitlit.

Mereka juga mencadangkan beberapa pemimpin muda seperti ahli Parlimen seperti Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) kerana berpandangan bahawa negara perlu diketuai oleh pemimpin muda dan berkaliber.

“Saya tidak sokong UMNO, tapi sokong KJ (Khairy Jamaluddin), kalau dia jadi salah seorang calon Perdana Menteri. Sejak dulu KJ ada karisma tersendiri, berfikir, gaya orang yang banyak membaca dan buat kajian,” cadang @LEOSQUEEN2020.

Malah tidak kurang juga mencadangkan dua wakil rakyat wanita iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh) disebabkan sudah tiba masanya negara diketuai seorang wanita seperti mana Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

“Kenapa Nurul Izzah bukan calon Perdana Menteri? Saya rasa dia pintar, karisma dan gaya terbaik,” ciap @hanani_mazri.

Pada hari ini, semua ketua parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, perjumpaan dijangka berlangsung tengah hari yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya