Ismail Sabri harus dilantik PM jika ada 114 sokongan - Utusan Malaysia

Ismail Sabri harus dilantik PM jika ada 114 sokongan

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus dilantik sebagai Perdana Menteri jika Ahli Parlimen Bera itu memiliki sokongan seramai 114 ahli Parlimen.

Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, jika jelas tiada paksaan dalam kalangan ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri, proses pelantikan sebagai Perdana Menteri perlu dibuat.

“Pada saya, kalau benar Ismail Sabri ada 114 (sokongan ahli Parlimen), maka beliau harus dilantik Perdana Menteri.

“Maknanya kalau jelas tiada paksaan dan memang ahli Parlimen memilih secara sukarela, maka proses pelantikan perlu dibuat. Itu peruntukan Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang Perak berkata, menafikan pelantikan Ismail Sabri ketika Ahli Parlimen Bera itu sudah mempunyai cukup sokongan adalah berbahaya.

Katanya, jika dinafikan ia juga boleh menjejaskan imej monarki sekiranya ia terlibat.

“Apa pun Ismail Sabri perlu ke Parlimen untuk menghadapi usul percaya. Itu jalan yang betul dan perlu diteruskan.

“Kedaulatan undang-udang dan keluhuran Perlembagaan merupakan perkara yang penting,” katanya.

Setakat ini, difahamkan Ismail Sabri satu-satunya ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen yang membabitkan blok Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Perkembangan itu sekali gus mengesahkan desas-desus Ismail Sabri bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.