Tiada `personal’ dengan Azmin - Anwar Ibrahim - Utusan Malaysia

Tiada `personal’ dengan Azmin – Anwar Ibrahim

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ROSHIHAN ANNUAR YUB, FAHMI FAIZ dan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

PETALING JAYA-  “Saya ini tiada personal sangat, kalau tengok kenyataan yang mana dia serang saya berulang kali, saya tak jawab pun,” – Itu kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yakin rakyat lebih bijak menilai tindak tanduk Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu.

Malah jelas Anwar, buat masa ini menjadi keutamaan buat pihaknya memberi tumpuan kepada perjuangan politiknya sahaja.

“ Sebab saya nak fikir lebih baik kita tumpu kepada rakyat, sebab kita tak boleh perbodohkan rakyat. Orang boleh nilai. Jadi biar rakyat yang hukum, tapi bagi saya kembali kepada landasan,” katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Rabu lalu.

Tidak terkecuali meletakkan kesalahan atas dirinya, akui Anwar tempoh di penjara membuatkan beliau terbatas untuk mengawal  pergerakan politik beberapa pihak.

“Namun saya akui kelemahan saya untuk mengawal, kerana masa itu saya masih dipenjarakan.

“Masa penjara, orang di luar bina kekuatan, bina kekayaan dan SPRM masa PH itu dia tak nampak, kerana mereka hanya tumpu kepada UMNO dan 1MDB. Jadi yang gajah depan mata itu semua ditolak.

“Tapi rakyat tahu menteri-menteri yang kumpul kekayaan melalui projek-projek besar, serta cara belanja yang mewah. Itu bertentangan dengan prinsip PKR dan PH. Jadi bagi saya, dia dah pilih, biarkan. Kita tumpu perhatian kukuhkan parti, dan belajar daripada pengalaman kita. Jangan mudah percaya orang yang beri janji dan bermuka-muka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya