PETALING JAYA: Gesaan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan disifatkan sebagai satu gerakan pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan parti. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak yang dimaksudkan itu menggunakan media menyebarkan berita-berita yang boleh mencalarkan imej Presiden parti. “Ini merupakan langkah terdesak pihak menggunakan media untuk membuat Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO. “Adakah suara-suara sumbang ini berkaitan…