KUANTAN: Semua pihak kini hanya perlu menunggu bukti nyata tentang jumlah sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu diserahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, dakwaan Anwar itu perlu dibuktikan kepada Seri Paduka dan tidak hanya menerusi cakap-cakap mulut. “Jadi, kita tunggu bukti nyata diserahkan Anwar kepada Yang di-Pertuan…










