Pas lalang, fatwa selalu berubah – Mat Sabu - Utusan Malaysia

Pas lalang, fatwa selalu berubah – Mat Sabu

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyelar kenya­taan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan parti itu anak derhaka Pas.

Beliau berkata, Presiden Pas itu sepatutnya membetulkan landasan parti Islam tersebut yang dianggap lalang kerana tidak tetap pendirian dalam peri­hal politik.

“Fatwa mereka sentiasa berubah. Dulu terhadap UMNO, sekarang?” Soalnya ringkas kepada Mingguan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan Amanah anak derhaka Pas kerana masih lagi menjadi pengikut DAP meskipun parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan parti yang ditadbir Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Hubungan itu diputuskan pada 2014 apabila DAP menentang isu hudud yang dibawa Pas di Dewan Rakyat sekali gus menyebabkan kehancuran Pakatan Rakyat.

Namun, sebilangan pe­mimpin Pas mengambil langkah keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan Amanah yang dilabel sebagai ‘barua’ DAP.

Menurut Mohamad, jika mahu bercakap tentang isu ekonomi dan perniagaan, ia memerlukan kajian.

“Tetapi perkara yang paling mudah untuk dimainkan adalah isu perkauman. Tuduhan ‘barua’ itu kita telan sahajalah buat masa ini, sebab DAP sebuah parti yang berdaftar dan menang pada pilihan raya.

“Bukan angkat senjata atau apa pun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×