Bung Moktar praktik sungguh ‘kuasa autonominya'? - Utusan Malaysia

Bung Moktar praktik sungguh ‘kuasa autonominya’?

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPAKNYA Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin benar-benar menggunakan kuasa autonominya.

Ia selaras dengan restu dan kehendak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 18 Ogos lalu yang menyerahkan mandat UMNO Pusat kepada seluruh jajaran kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah untuk membuat keputusan bagi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 itu.

Antara kuasa autonomi diberikan kepada Bung Moktar adalah penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, setelah rundingan dimuktamadkan.

Demikian juga kuasa memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan ADUN apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri Sabah baharu.

Jadi, tak hairanlah beberapa keputusan luar dugaan diputuskan oleh Bung Moktar kelmarin, antaranya tidak mencalonkan Tan Sri Musa Aman di DUN Sungai Manila serta menyingkirkan Datuk Seri Rahman Dahlan yang mempertikaikan kewibawaannya sebagai pengarah jentera pilihan raya BN.

Begitupun, isu Rahman tidak tercalon lebih terkait dengan ‘cakap-cakap politik’ di Sabah kononnya beliau ‘akrab’ dengan Musa. Berbeza dengan negeri lain, di Sabah ada enam ADUN dilantik (yang tidak memerlukan mereka bertanding dalam pilihan raya).

Dengan ketika ini telah ada lima ADUN dilantik dan berbaki satu yang dikatakan akan diisi oleh Rahman, maka Musa dikatakan andai berjaya merealisasikan impiannya mengambil alih kerajaan negeri tempoh hari setelah mendakwa 33 ADUN berpihak kepadanya 29 Julai lalu, beliau hanya akan menjadi ketua menteri selama enam bulan. Dan selepas itu akan menyerahkan jawatan ‘CM’ kepada Rahman, sebelum Musa ‘ke jawatan TYT’. Wallahualam.

Peruntukan untuk melantik enam ADUN diberikan kepada Sabah semasa kemerdekaan apabila British merasakan bahawa golongan minoriti akan kehilangan perwakilan dalam DUN dalam sistem demokrasi kerajaan.

Bagaimanapun, sejak USNO membentuk kerajaan negeri pertama ketika pilihan raya diadakan pada 1967, enam slot itu kebiasaannya ‘diberi kepada kroni dan penyokong’. Begitupun, kuasa autonomi Bung Moktar lebih menjadi bualan hangat sehari dua ini.

Antara ‘mangsanya’ termasuklah Jamawi Jaafar yang tersingkir daripada saingan DUN Kemabong yang disandangnya – walaupun beberapa hari lepas beliau dilhat berpelukan dengan Ahmad Zahid dan menyanyikan lagu BN semasa pelancaran jentera BN untuk PRN negeri di Kota Kinabalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya