Tubuh segera akta anti lompat parti - Utusan Malaysia

Tubuh segera akta anti lompat parti

PROF. DATUK DR. MOHD. ZAINUL FITHRI OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta melaksanakan segera undang-undang atau akta khusus bagi mengelak wakil rakyat lompat parti sehingga boleh menjejaskan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri atau Pusat.

Penganalisis berpendapat, pelaksanaan akta tersebut selain mengelak wakil rakyat lompat parti, ia juga dapat mengatasi masalah ‘membeli’ wakil rakyat dan rasuah politik.

Penganalisis politik Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman berkata, ketika ini tidak ada undang-undang berkaitan untuk menghalang mana-mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara demoraksi dalam pilihan raya untuk lompat parti.

Sudah tiba masanya negara ini melaksanakan akta anti lompat parti. Kalau semua bercakap tentang integriti maka tidak adalah perkara yang berlaku seperti ini. Integriti hanyalah ucapan di mulut dan tiada ukuran serta penilaian dari sudut perundangan.

(Melompat parti) mungkin saja disebabkan dia tidak suka, atau menerima tawaran tertentu dan ini yang akan menyusahkan parti yang memerintah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut politik di Sabah yang menyaksikan kerajaan negeri dibubarkan berikutan dakwaan wujud perebutan kuasa daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bahawa beliau mempunyai sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Bagaimanapun, hasrat beliau itu tidak kesampaian apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi memperakukan permohonan pembubaran kerajaan serta membuka jalan kepada pilihan raya negeri.

Media tempatan melaporkan bahawa terdapat wakil rakyat yang berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Musa Aman sehingga beliau berkeyakinan membentuk kerajaan negeri baharu dengan majoriti mudah.

Mengulas lanjut, Mohd Zainul turut berkata, seseorang wakil rakyat perlu mengembalikan semula kerusi dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wakil rakyat hendalah menulis surat perletakan jawatan dan mengosongkan kerusi. Selepas itu, barulah kerusi itu dipertandingkan semula. Surat itu hendaklah disimpan oleh peguam dan dikemukakan kepada speaker Dewan.

Sementara itu, pensyarah Politik Asia Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Mohd Amirul Akhbar berkongsi pendapat yang sama.

Jika lompat parti maka ia harus dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih (wakil rakyat). Tindakan melompat parti tidak menunjukkan kestabilan pihak pentadbir.

Yang saya tekankan untuk semua pihak, kita perlu menjadikan perkara ini (akta anti lompat parti) sebagai agenda utama dalam reformasi dan demokrasi moden di negara ini. Akhirnya, kita lebih jelas bahawa tidak timbul lagi ahli politik yang dikatakan mudah dibeli,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya