Siswa pemandu mabuk dituduh membunuh

Siswa pemandu mabuk dituduh membunuh

Siswa pemandu mabuk
N. Vishwesh dibawa ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas, di Kuala Langat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang penuntut sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang disiasat kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian dituduh membunuh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas tertuduh, N. Vishwesh, 23, mengangguk faham apabila kertas pertuduhan selesai dibacakan ke atasnya.

Sebaliknya, pengakuan akan direkodkan selepas sebutan pertuduhan tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Vishwesh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 79, di Kilometer (KM) 28 Jalan Klang – Banting – Port Dickson, di ini, kira-kira pukul 7.20 petang, pada 7 Ogos lalu.

Mahasiswa itu dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid.

Peguam yang mewakili tertuduh, T. Mishant kemudian memohon supaya pemindahan ke Mahkamah Tinggi dapat disegerakan dengan mempercepat penyerahan dokumen.

Majistret Maslinda Selamat kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 1 Oktober depan, namun tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Terdahulu, tular dalam media sosial potongan video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok.

Malah, menerusi video tersebut, lelaki itu mengakui dirinya mabuk selepas disoal oleh orang awam, namun menafikan dia melakukan sebarang kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×