KLANG: Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian Allahyarham Amirul Hafiz Omar pada Ahad lalu, dituduh membunuh, di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap R. Saktygaanapathy yang mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju T berkolar berwarna putih dan berseluar pendek kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut…










