KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, awal bulan lalu. Mengikut pertuduhan, Syed Faizal Said Alwi, 46, didakwa telah membunuh seorang wanita yang tidak dapat dikenal pasti identitinya di antara pukul 6.35 dan 6.36 pagi, 9 Februari lalu di hadapan sebuah premis di Jalan Sentul, dekat sini. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara…










