SHAH ALAM: Seorang bekas pengerusi eksekutif sebuah syarikat perlombongan didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan penipuan melibatkan jumlah keseluruhan RM2.5 juta berkaitan projek perlombongan antara tahun 2020 hingga 2021. Tertuduh, Zahri Ismail, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin. Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Zahri didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakan mangsa…










